PERCUMA penghantaran RM80+ (Semenanjung) · Kod SULTAN

Undang-undang

Penghantaran & Pemulangan

Bagaimana pesanan AlSultanFood dibungkus, dihantar dan dipulangkan.

Kemas kini terakhir: 21 September 2026

Status semasa

Pesanan dalam talian telah dibuka. Pembayaran dibuat dengan selamat melalui Billplz, dan pesanan anda diproses sebaik sahaja pembayaran diterima.

Kawasan penghantaran

Kami menghantar di dalam Malaysia sahaja.

Kami menghantar ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Kadar penghantaran

Semenanjung Malaysia: penghantaran PERCUMA untuk pesanan RM80 ke atas (kurier termurah). Jika anda pilih kurier yang lebih pantas, anda hanya bayar bezanya.

RM80 dikira selepas baucar. Kami tanggung kos kurier sehingga RM8 — cukup untuk kebanyakan bungkusan sehingga sekitar 3kg; bungkusan lebih berat hanya bayar bakinya.

Bawah RM80, caj penghantaran dikira semasa checkout ikut alamat dan berat bungkusan — anda pilih kurier termurah atau terpantas, dan nampak harga tepat sebelum membayar. Contoh: bungkusan sehingga 2kg ke Semenanjung Malaysia biasanya sekitar RM8–RM9.

Sabah, Sarawak dan Labuan: caj kurier mengikut alamat dan berat untuk semua pesanan (tiada penghantaran percuma), contohnya sekitar RM14–RM25 untuk bungkusan sehingga 2kg.

Jika harga kurier tidak dapat diperoleh ketika itu, kadar rata RM9 dikenakan.

Anggaran masa penghantaran

Semenanjung Malaysia: 1-3 hari.

Sabah & Sarawak: 6-9 hari.

Masa pemprosesan pesanan

Pesanan yang diterima sebelum 4:00 petang pada hari bekerja akan diproses pada hari yang sama.

Pembungkusan

Setiap pesanan dibungkus untuk melindungi produk semasa transit.

Set Olivko yang bertanda hadiah percuma disertakan satu balang Madu Habbatussauda — ia dimasukkan ke dalam pesanan anda secara automatik, tiada kod diperlukan.

Ambil sendiri

Ambil sendiri di: Lot 11, Jalan 6/9, Kawasan Perusahaan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu: Isnin–Sabtu, 10 pagi – 6 petang.

Ambil sendiri adalah percuma.

Bayar tunai semasa terima (COD)

Anda boleh bayar tunai kepada kurier (Pos Laju) semasa bungkusan tiba. Caj COD RM6 ditambah pada pesanan.

COD untuk alamat di Semenanjung Malaysia sahaja, bagi pesanan sehingga RM350, dan tidak untuk ambil sendiri.

Kami akan WhatsApp anda untuk sahkan pesanan sebelum menghantarnya. Pesanan yang tidak disahkan dalam 48 jam akan dibatalkan.

Nombor telefon yang menolak bungkusan COD tidak lagi ditawarkan COD, tetapi masih boleh membayar dalam talian.

Penjejakan

Kami menghantar melalui J&T, Pos Laju, Ninjavan, Shopee express. Nombor penjejakan akan dihantar melalui e-mel.

Pemulangan

Anda boleh memohon pemulangan dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan, dengan syarat produk belum dibuka dan masih dalam keadaan asal.

Kos pos pemulangan ditanggung oleh pelanggan, kecuali barang rosak.

Barang rosak atau tersalah hantar

Jika pesanan anda tiba dalam keadaan rosak atau tersalah hantar, ambil gambar bungkusan dan kandungannya sebaik sahaja anda menerimanya, kemudian hubungi kami.

Sila laporkan dalam tempoh 72 jam selepas penerimaan.

Bayaran balik

Bayaran balik yang diluluskan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal dalam 7-14 hari.

Hubungi kami tentang pesanan

E-mel: info@easygv.com

Telefon: 01111222215

WhatsApp kami