PERCUMA penghantaran RM80+ (Semenanjung) · Kod SULTAN

Kategori

Hamper Kurma & Giftbox Sunnah

Giftbox Sunnah Set A hingga F, giftbox Ajwa dan Medjool — hadiah untuk Ramadan, Raya, majlis dan korporat.

Hamper kurma ialah hadiah yang sentiasa dihargai, sama ada untuk Ramadan, Hari Raya, majlis perkahwinan atau hadiah korporat. AlSultanFood menyediakan pelbagai giftbox kurma dan hamper sunnah yang siap dibungkus, jadi anda hanya perlu pilih, bayar dan kami hantar ke seluruh Malaysia. Rujuk jadual harga di atas untuk harga terkini setiap set.

Giftbox Sunnah Set A hingga F

Set Sunnah kami menggabungkan kurma dengan makanan sunnah lain dalam satu kotak hadiah yang kemas:

  • Set A (6 in 1): kurma Ajwa dan Medjool, Madu Habbatussauda, kismis, buah kering dan kekacang.
  • Set B (6 in 1): kurma Ajwa dan Medjool, Madu Habbatussauda, minyak zaitun, buah kering dan kekacang.
  • Set C (6 in 1): kurma, Madu Habbatussauda, minyak zaitun, buah kering dan kekacang.
  • Set D (4 in 1): kurma Medjool, coklat, buah kering dan kekacang.
  • Set E: kurma Ajwa Jumbo, coklat oat, kekacang campuran dan buah kering.
  • Set F: kurma Ajwa Jumbo, coklat oat, kismis, kekacang campuran dan buah kering.

Set A, B dan C ialah hamper sunnah yang paling lengkap, manakala Set D, E dan F lebih ringkas dan sesuai untuk diberi dalam jumlah yang banyak. Lihat gambar setiap produk untuk isi dan saiz sebenar.

Giftbox kurma Ajwa dan Medjool

Jika anda mahukan hadiah kurma sahaja:

  • Giftbox Kurma Ajwa Madinah dalam saiz 250g, 500g dan 1kg, gred Medium atau Jumbo.
  • Giftbox Kurma Ajwa Premium 3 dan 7 biji: pek kecil yang sesuai untuk cenderahati majlis dan doorgift.
  • Kurma Medjool Premium Giftbox (Medium atau Jumbo) dan Medjool Super Jumbo Giftbox untuk hadiah yang lebih mewah.
  • Giftbox Ramadan Istimewa Ajwa & Medjool: dua jenis kurma popular dalam satu kotak.

Baca lebih lanjut tentang kurma Ajwa dan kurma Medjool.

Cara memilih hamper raya yang sesuai

  • Untuk keluarga dan orang tua: Set A, B atau C kerana lengkap dengan madu dan minyak zaitun.
  • Untuk rakan sekerja atau pelanggan: Set D, E atau F, atau giftbox Ajwa 500g.
  • Untuk doorgift majlis: giftbox Ajwa 3 atau 7 biji.
  • Untuk peminat kurma besar: Medjool Jumbo atau Super Jumbo.

Pesanan korporat dan kuantiti besar

Syarikat, masjid, sekolah dan penganjur majlis yang memerlukan hamper dalam kuantiti besar boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau halaman borong. Untuk stok kurma Ramadan, lihat juga kurma borong Ramadan.

Penghantaran

Penghantaran ke seluruh Malaysia, PERCUMA untuk pesanan RM80 ke atas di Semenanjung Malaysia, atau ambil sendiri di Seri Kembangan. Pesan awal sebelum musim Ramadan dan Raya supaya hamper sampai tepat pada masanya. Gunakan kod SULTAN untuk diskaun 10% dengan belanja minimum RM50.

Soalan lazim

Ketiga-tiganya set 6 in 1 dengan kurma, Madu Habbatussauda, buah kering dan kekacang. Set A turut ada kismis, manakala Set B dan C ada minyak zaitun. Lihat gambar setiap produk untuk isi dan saiz sebenar.

WhatsApp kami