Kacang Badam mentah Alsultan Food adalah sejenis yang berkualiti gred 30/32. Ia adalah kacang yang diproses bersih, halal dan suci. Ia tidak pahit malahan ianya kaya dengan rasa manis dan lemak yang enak.
Kacang badam mentah ini boleh dimakan begitu sahaja, namun ada beberapa cara untuk memakan badam mentah seperti di panggang serta diperasakan. Sama ada dengan kulit atau isinya, ia menambahkan lagi kerangupan dan keenakan kacang badam.
Terdapat juga pelbagai produk manisan yang telah berada di pasaran terutamanya resepi dari Timur Tengah yang selalunya menjadikan kacang badam sebagai bahan dalam resepi bakeri mereka. Sama ada dimasak dalam stew mahupun dijadikan bahan dalam kek, biskut atau kuih-muih ini tidak mengurangkan kebaikan badam mentah ini sememangnya sangat tinggi dengan khasiat dan mineral.
Badam mengandungi lemak sihat, serat, protein, magnesium dan vitamin E. Ia membantu badan kita mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol. Selain itu, badam juga membantu mengurangkan rasa lapar dan menggalakkan penurunan berat badan.
Pakar mengesyorkan untuk mengambil 30gram badam setiap hari. Ia akan melengkapi nutrien penting yang berbeza dalam diet harian. Badam sangat baik diambil pada waktu pagi. Kacang badam memiliki Protein, Lemak sihat, Kalium, Antioksida, Karbohidrat, Serat, Vitamin A, B, K dan E.
AlSultan Food mrnjamin kualiti produk terutamanya jenis kekacang dan buah-buahan kering. Kami menyimpan stok produk kami dengan cermat supaya kacang dan buah kering tidak hapak, masih rangup dan segar apabila sampai kepada pelanggan.
Kami adalah pembekal terbesar, termurah dan terbaik bagi kacang dan buah-buahan kering di Malaysia secara borong dan runcit.
Bagi tempahan yang dibuat sebelum jam 2 petang, ia boleh dihantar pada hari yang sama. Selepas masa berikut, kami akan drop/post out ke hari berikutnya. Kami beroperasi setiap hari sehingga jam 7 malam. Tempahan boleh dibuat Sabtu dan Ahad sebelum jam 11 pagi.
Reviews
There are no reviews yet.