CIRI-CIRI PRODUK
- dihasilkan melalui proses semulajadi dan tradisional
- sama ada melalui pengeringan di bawah sinar matahari, pengering khas atau dehidrator.
- dengan rasa masam, manis, pekat dan berserat.
- sangat penuh dengan kebaikan berbanding snek ringan
- jaminan kualiti terbaik dengan rasa yang memuaskan
- halal dan bersih
DESKRIPSI PRODUK
Buah Beri Biru atau Blueberries telah digunakan dalam pelbagai resepi sejak berzaman. Ia produk yang tumbuh dalam iklim sejuk sederhana dan mudah pula rosak. Namun apabila dikeringkan buah beri ini mempunyai jangka hayat yang lebih lama . Ini memberikan peluang kepada penggunanya untuk menggunakan produk beri biru dengan berterusan selama berbulan-bulan.
Dengan harganya yang agak mahal dan mudah pula untuk rosak jika disimpan secara segar, Dried Bluberries sedikit sebanyak menjimatkan penggemarnya. Dengan rasa masam, manis semulajadi yang dikekalkan, ia boleh dinikmati begitu sahaja.
Bukan itu sahaja, ia boleh menjadi pengganti beri sebenar dalam pelbagai resepi masakan dan bakeri. Seperti sos, jem, smooties, jus, biskut, roti, kek, salad dan pelbagai lagi.
Ia adalah produk yang sempurna untuk semua jenis pengguna. Baik dari pengusaha produk makanan, jualan runcit atau pengguna biasa. Produk Beri Biru Kering ini sangat berbaloi untuk dimiliki dan pasti menguntungkan baik dari segi wang ringgit dan kualiti kehidupan.
Reviews
There are no reviews yet.