Q&A for Cashews W320 Al-Sultan Food
Q1: Apakah ciri-ciri Cashew W320 daripada Al-Sultan Food?
Jawapan:
Gred kacang gajus ditentukan berdasarkan saiz, warna, dan kualiti, dan gred ini membantu pembeli memilih mengikut keperluan mereka.
W320: Gred W320 adalah salah satu yang paling popular kerana keseimbangan dari segi saiz dan harga. Terdapat sekitar 320 kacang per paun, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk snek, masakan, dan pencuci mulut. Warna putih hingga gading, W320 disukai untuk saiz yang seragam dan harga yang berpatutan.
Cashew W320 dari Al-Sultan Food terkenal dengan tekstur rangup, rasa lemak berkrim, manis, dan sedikit bermentega. Ia dipilih khas untuk mengekalkan kualiti terbaik, sesuai dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan dan baking.
Q2: Bagaimana cara terbaik untuk menikmati kacang cashew ini?
Jawapan:
Kacang Cashew Al-Sultan Food boleh dinikmati begitu sahaja atau dicampurkan dengan buah-buahan kering lain. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk diced, powder, paste, atau crush dalam resipi baking, pencuci mulut, dan masakan harian.
Q3: Apakah faedah kesihatan kacang cashew?
Jawapan:
Cashew Al-Sultan kaya dengan magnesium yang membantu kesihatan otot dan saraf, serta menguatkan tulang. Ia juga rendah gula dan kolesterol jahat, menjadikannya selamat untuk penghidap diabetes. Kandungan fosforus pula menyokong pembentukan tulang dan gigi, manakala zink di dalamnya memperkuat sistem imun.
Q4: Adakah kacang cashew ini mengandungi bahan alergen?
Jawapan:
Ya, cashew adalah sejenis kacang pokok dan boleh menyebabkan alergi bagi sesetengah individu. Mereka yang alah kepada kacang disarankan mengelak produk ini.
Q5: Bagaimana cara penyimpanan terbaik untuk mengekalkan kesegaran kacang cashew?
Jawapan:
Untuk mengekalkan kesegaran dan rasa kacang cashew, simpan di tempat sejuk dan kering dalam bekas kedap udara. Penyimpanan di dalam peti sejuk juga boleh membantu memanjangkan jangka hayat produk.
Reviews
There are no reviews yet.